Nasional

Keusahawan sosial melalui 3P perlu diperluaskan – Raja Puan Muda

Kesedaran serta impak ‘Keusahawanan Sosial’ melalui ‘3P’ iaitu kepada masyarakat, alam sekitar, dan keuntungan terhadapnya perlu lebih diperluaskan di kalangan masyarakat.

Malah, keusahawanan sosial ini bukan sahaja dapat membantu golongan masyarakat secara keseluruhan, malah lebih khusus kepada wanita lain seperti ibu tunggal misalnya.

Oleh itu, kepakaran wanita-wanita sangat diperlukan untuk terus mencetuskan lebih banyak idea kreatif dan inovatif bagi membantu menyelesaikan isu seumpama ini melalui pelaksanaan keusahawanan sosial.

Dengan kehebatan di luar jangkaan yang mampu dihasilkan, pastinya wanita kini akan dipandang lebih tinggi martabatnya.

Kebijaksanaan wanita yang mampu menjalankan perniagaan khususnya dalam keusahawanan sosial ini juga akan dapat terus disokong dan ditonjolkan di peringkat lebih tinggi.

Demikian titah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selepas berkenan menandatangani Sijil-Sijil Penghargaan kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa Penganjur yang telah menjayakan program Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) Siri Ke-7, WiSE (Women in Search Of Excellence) Edisi ‘Keusahawanan Sosial’ baru-baru ini.

Program tersebut dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) di bawah kepimpinan Ketua Setiausahanya, Datuk Suriani Datuk Ahmad melalui Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) sebagai agensi pelaksana dan dikuasakan oleh Yayasan Tuanku Fauziah (YTF).

Menurut Tuanku Lailatul Shahreen Akashah, peranan wanita dalam pelbagai aspek serta bidang kini wajar dibanggakan, kerana terbukti wanita juga mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

Dalam konteks wanita sebagai usahawan, kita dapat melihat bahawa peranan dan sumbangannya terhadap ekonomi negara semakin ketara hari demi hari.

Majlis perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. – SM

(Visited 269 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button