JenayahNasional

Belum ada petunjuk keberadaan Zalina Azman

KEHILANGAN personaliti yang sinonim dengan stesyen TV3, Zalina Azman masih belum ada sebarang pentunjuk yang dapat memberi perkhabaran baik kepada keluarga dan sahabat handainya.

Bekas penyampai berita TV3 itu hilang sejak November tahun lepas dan tiada siapapun yang tahu ke manakah hilangnya Zalina.

Semalam seorang pengusaha kafe terpanggil untuk membantu polis dengan menyampaikan maklumat seorang wanita yang mirip Zalina telah masuk ke kafenya di Shah Alam, Selangor.

Dalam hantaran dan kenyataannya, pemilik kafe berkenaan memberi gambaran bahawa wanita tersebut ‘takut besi’ dan enggan memegang tombol pintu kafe yang dibuat daripada besi.

Pemilik kafe berkenaan turut meminta pihak polis meneliti kamera litar tertutup (CCTV) bagi memastikan sama ada wanita itu ialah Zalina Azman.

Menurut sumber, setelah penelitian dilakukan, wanita berkenaan bukan personaliti yang dicari.

Ada yang mengatakan bahawa Zalina masih berada di dalam negara dan menolak kemungkinan, bekas pemudah cara program MONEY MATTERS itu keluar negara.

Setakat ini, rakan-rakan yang rapat dengan Zalina terus berusaha untuk menjejakinya dan masih belum mendapat sebarang petunjuk.

Kehilangan Zalina dilaporkan ke pihak berkuasa oleh anak lelakinya.

Zalina dikhabarkan telah bercerai dan hidup sendirian. – SM

(Visited 364 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button