Nasional

Muhyiddin Yassin ajak umat Islam berselawat

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak umat Islam perbanyakan selawat kepada Baginda SAW rasul junjungan besar sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini.

“Tanamkan diri setiap daripada kita rasa cinta dan kasih kepada Baginda SAW, teladilah amalan-amalan Baginda SAW, dan insafi perjuangan dan pengorbanan Nabi Muhammad SAW dalam menegakkan syiar Islam. Sesungguhnya Islam itu Ad-din.

“Marilah kita jadikan selawat kepada Baginda, Nabi Muhammad SAW sebagai amalan harian, mudah-mudahan kita terlindung dari segala keburukan di dunia termasuk daripada wabak COVID-19, diberikan syafaat oleh Baginda SAW di akhirat kelak,” katanya menerusi satu video yang dikongsi di akaun Facebook miliknya.

Dalam video tersebut, Muhyiddin turut mengambil kesempatan untuk berselawat. -SM

(Visited 370 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button