Nasional

Kerajaan lancar NTIS bantu percepat pertumbuhan ekonomi

KERAJAAN hari ini melancarkan Inisiatif National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) bagi membantu mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi disruptif.

Ini termasuk menggunakan teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI), robotik, teknologi dron, sensor dan kemudahan 5G dalam membantu menyelesaikan masalah.

Penggunaan teknologi itu termasuk dalam menyelesaikan yang meliputi kebergantungan terhadap buruh asing, risiko jaminan makanan, penjagaan kesihatan serta ketidaksamaan capaian internet dan liputan infrastruktur digital.

Pelancaran NTIS dapat membawa Malaysia ke arah negara berteknologi dan berpendapatan tinggi melalui penyelesaian inovatif terutamanya dari penyelesain dan kepakaran tempatan.

“Dengan adanya semakan kepada beberapa peraturan yang berupaya memberi kelonggaran untuk mengupaya, menguji serta mencuba teknologi baharu, saya yakin pembangunan penyelesaian berlandaskan teknologi dan inovasi dapat dipercepatkan,” katanya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassis.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan NTIS di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Cyberjaya hari ini.

Muhyiddin berkata, kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk menggalakkan perkembangan teknologi, inovasi dan kreativiti dalam perkhidmatan dan pengkomersialan inovasi tempatan serta mengorak langkah dalam mempertingkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) baharu.

Matlamatnya kata beliau, mengurangkan kebergantungan negara kepada teknologi dan inovasi daripada luar negara.

Pada masa sama katanya, ia juga berupaya membantu meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup rakyat.

“NTIS menyediakan ruang kepada masyarakat dan perniagaan untuk turut serta menyumbang kepada kepakaran dan penemuan penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi kita semua di samping menyokong penggunaan teknologi dan inovasi buatan tempatan.

“Ekonomi yang berpaksikan inovasi akan membentuk masyarakat yang aktif, mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi, seterusnya melonjakkan nama negara ke tahap yang disanjungi masyarakat global,” ujarnya. – SM

(Visited 168 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button