Politik

Pemuda UMNO lapor polis kebocoran ‘memo dalaman’

Pemuda UMNO akan menggerakkan ahlinya di seluruh negara membuat laporan polis untuk mendesak siasatan terhadap dakwaan kebocoran “memo dalaman” melibatkan kes 1MDB, Datuk Seri Najib Razak.

Ketuanya, Dr Akmal Saleh, berkata ,walaupun Peguam Negara Idrus Harun menyatakan siasatan akan dilaksanakan berkait memo itu, namun masih tiada perkembangan.

“Tindakan peguam negara mengumumkan bercuti tanpa memberikan hasil siasatan dan maklum balas wajar kepada desakan Pemuda Umno, telah meninggalkan isu ini tergantung tanpa ada sebarang jawapan.

“…tindakan wajar diambil bagi mengembalikan keyakinan orang awam terhadap sistem perundangan Malaysia,” katanya di Facebook.

Terdahulu, sebuah media melaporkan Idrus berkata, siasatan mengenai kebocoran dokumen itu sedang dijalankan namun beliau enggan mengulas lanjut mengenai kandungan dokumen berkenaan.

Dokumen itu didakwa memo dalaman daripada pasukan pendakwaan International Petroleum Investment Company (IPIC) kepada bekas peguam negara, Tommy Thomas, pada September 2019.

Pada 2018, Najib dan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan Irwan Serigar Abdullah dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah melibatkan dana kerajaan berjumlah RM6.6 bilion, yang didakwa termasuk bayaran kepada IPIC. – SM

 

(Visited 144 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button