Politik

Mujahid kesal ‘tarik handbrake’ tolak Belanjawan 2021

NAIB Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa menyatakan kekesalannya kerana tidak menolak Belanjawan 2021 yang diundi pada peringkat dasar di Dewan Rakyat Khamis lalu.

Ahli Parlimen Parti Buntar itu berkata, dia berasa kesal kerana ‘menarik handbrake’ untuk tidak menolak Belanjawan yang digulung oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz itu.

Bagaimanapun menurut Mujahid beliau sedirit terubat selepas Belanjawan itu tunduk kepada tuntutan yang dibuat oleh Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

Tegas beliau, kelulusan Belanjawan 2021 pada peringkat dasar itu tetap tidak menafikan fakta bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin tidak mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen.

“Kesal tarik handbrake tolak bajet namun terubat bila bajet tunduk kepada tuntutan PH dan BNBBC untuk bela rakyat.


“Tapi fakta bahawa Tan Sri Muhyidddin Yasin tiada legitimasi majoriti dan Kabinet PN yang gagal kekal sebagai perjuangan belum selesai. #sembuhkannegara #pulihkandemokrasi,” ciap Mujahid di Twitternya.

Khamis lalu Mujahid antara sebahagian besar ahli Parlimen Pembangkang yang tidak bangun untuk menyokong cadangan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar untuk dilakukan undi belah bahagi terhadap Belanjawan 2021.

Hanya 13 orang sahaja yang bangun termasuk Mahfuz untuk menyokong cadangan tersebut yang memerlukan maksimum 15 orang ahli Parlimen.

Selain Mujahid, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayub tidak bangun untuk menyokong usul Mahfuz.

Ahli Parlimen Amanah yang lain iaitu Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad; Ahli Parlimen Lumut Datuk Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin bangkit menyokong cadangan Mahfuz.

Turut menyokong Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Hulu Langat Datuk Hasanuddin Mohd Yunus.

Berikutan itu Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun menolak usul yang dicadangkan oleh Mahfus dan meneruskan undian secara suara.

Belanjawan 2021 diluluskan di peringkat dasar apabila suara ahli Parlimen yang menyokong lebih kuat daripada suara ahli Parlimen yang membantah.

Penyokong-penyokong Pakatan Harapan menyasarkan kepimpinan parti itu selepas gagal untuk menolak Belanjawan 2021 seperti yang diuar-uarkan oleh mereka sebelum ini.-SM

(Visited 617 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button