Politik

PKR Kelantan seru sokong Anwar tidak belah bahagi

PKR Kelantan menyeru saf kepimpinan, anggota parti dan akar umbi untuk terus memberi sokongan tak berbelah bahagi kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai presiden parti itu.

Mesyuarat khas Pimpinan Keadilan Negeri Kelantan pada 23 Ogos memutuskan dan mengambil ketetapan antara akan terus kekal menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim sebagai Presiden PKR dan Pengerusi Pakatan Harapan.

Menurutnya, Anwar sentiasa cekal dalam perjuangan walaupun diduga dengan pelbagai ujian dan kenegaraan Anwar menyerlah dalam krisis yang dihadapi sekarang.

“Keteguhan pegangan prinsip, kejituan penegakan agenda reformasi dan kenegarawanan beliau jelas terserlah dalam krisis yang dihadapi negara sekarang.

“Kami yakin ciri-ciri ini penting dalam memacu negara keluar daripada krisis Covid, ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Kami akan teruskan agenda reformasi pembelaan rakyat dan institusi negara tanpa bertolak ansur tentang rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa,” kata PKR Kelantan dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Pengerusi PKR Kelantan Mohamad Suparadi Md. Noor, Ketua Wanita Naziratul Aini Muhamad Sayuty dan Ketua AMK Muhd Hafiz Muhd Kasasi.

Mereka menggesa pemimpin dan anggota untuk terus mengukuhkan parti dan memantap penyusunan serta gerak kerja PKR ke arah Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 untuk mengembalikan mandat rakyat yang telah dimenangi dalam PRU-14.

Sementara itu mereka Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan baharu dapat melipat gandakan usaha untuk terus membangunkan Kelantan terutamanya dari segi kemudahan awam yang selama ini agak ketinggalan berbanding dengan negeri negeri lain.

“Masalah air misalnya, sehingga kini masih tidak dapat diselesaikan. Selain itu, masalah peluang pekerjaan juga harus diutamakan dengan kadar yang amat segera memandangkan ramai yang terkesan kerana pandemik Covid19.

“Penekanan bukan sahaja berarah kepada pembangunan dari segi infra, malah pembangunan dari segi akhlak serta rohaniah juga perlu seiring,” katanya.

Menurutnya, PKR Kelantan akan terus memantau peranan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dan akan menjadi sebahagian daripada kumpulan pendesak kepada kerajaan seandainya mereka membelakangkan hak dan kesejahteraan rakyat.-SM

(Visited 101 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button