fbpx
Politik

Pemuda PKR tolak Dr. Mahathir Perdana Menteri ke-9

PEMUDA PKR bertegas mahu Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-9 dan menolak pemilihan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Penegasan tersebut dilihat terus memanjangkan lagi polemik pemilihan Perdana Menteri dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Perkara itu dimaklum Setiausaha Pemuda, Ahmad Syukri Che Ab. Razab yang menyatakan pemilihan Anwar dibuat menerusi sokongan dan komposisi 91 Ahli Parlimen.

Menurutnya, sebulat suara diperolehi daripada gabungan PKR, Amanah dan DAP itu untuk menamakan Presiden PKR.

“Soalnya sekarang, pihak mana pula yang menamakan Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri?” katanya lapor portal Free Malaysia Today (FMT).


Ahmad Syukri dilaporkan berkata demikian apabila mempersoalkan kenyataan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Mazlee Malik yang mmenyatakan jawatan nombor satu kerajaan itu bukan hak mutlak sesiapa.

BACA > Siapa PH pilih untuk jadi Perdana Menteri ke-9 — Suara Merdeka

Katanya, Maszlee tidak sepatutnya memperlihatkan jawatan tersebut sebagai hak mutlak Dr. Mahathir apabila cuba menujukannya kepada Anwar.

“Maszlee tidak sedar bahawa beliau seolah-olah memutlakkan jawatan Perdana Menteri itu hanya kepada Dr. Mahathir.

“Adalah lebih mudah sekiranya Maszlee sama-sama membantu untuk merasionalkan Mahathir agar memberi sokongan padu kepada Anwar.

PEMUDA PKR
AHMAD SYUKRI

“Bukan lagi merayu kepada Anwar supaya mengalah buat kesekian kalinya,” tegasnya.

Terdahulu, Maszlee dalam Facebooknya menyatakan usaha untuk mengemnbalikan kerajaan kepada PH tidak seharusnya diyakinkan dengan jawatan Perdana Menteri sebagai hak multak Anwar.

Malah, beliau mendakwa PH akan berada pada tahap sama dan tidak akan berjaya menjadi kerajaan sekiranya bergantung kepada Anwar.

Bagaimanapun, tambah Ahmad Syukri, Mazlee juga sepatutnya memujuk penyokong Dr. Mahathir untuk mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri.

BACA > Isma terkejut lantikan Eric Paulsen dalam MPKM — Suara Merdeka

“Jika alasan untuk memaksa Anwar mengalah ialah negara dalam bahaya dan memerlukan perubahan segera, mengapa apasan itu seolah-olah tertuju kepada Anwar.

“Sepatutnya atas alasan sama, Dr. Mahathir serta penyokongnya perlu menerima dan mengangkat Anwar,” jelasnya.

Berdasarkan situasi yang berbolak-balik sama ada Anwar atau Dr. Mahathir yang akan dipilih sebagai Perdana Menteri, ternyata tiada PH belum ada sokongan untuk menjadi kerajaan.

Apatah lagi untuk merampas semula kerajaan daripada Perikatan Nasional (PN) apabila Dr. Mahathir meletakkan jawatan pada Februari lalu.

Keadaan ini disifatkan sebagai cukup bahaya kepada PH sekiranya Parlimen dibubarkan keranay ternyata pakatan itu tidak besedia.

BACA > PM setuju adakan PRU mengejut? — Suara Merdeka

Lebih bahaya lagi, kemungkinan satu lagi pakatan akan wujud supaya tidak mengundi Dr. Mahathir dan penyokongnya yang bertanding dalam Parlimen tertentu. – SM

(Visited 6 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button