Politik

Tabung Haji: Jawapan PM buktikan kegagalan Kerajaan PH

AHLI Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan jawapan Perdana Menteri kepada Dewan Rakyat mengenai Tabung Haji membuktikan kegagalan Kerajaan Pakatan Harapan.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, jawapan Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin mengesahkan aset-aset Tabung Haji telah dipindahkan ke Kementerian Kewangan selari dengan pelan pemulihan yang didakwa sebagai bail-out bernilai RM19.9 bilion yag dilaksanakan kerajaan PH pada permulaan 2019.

Najib mendakwa, bail-out kerajaan diperlukan bagi menyelamatkan Tabung Haji apabila pasaran saham Malaysia menjunam selepas PH menang Pilihan Raya Umum ke-14.

Menurut Najib, lebih 52 peratus aset Tabung Haji pada masa itu adalah di dalam pasaran saham.

“Memandangkan nilai aset TH menjunam teruk maka PH memainkan propaganda bahawa TH di bawah kerajaan BN dahulu tipu akaun dan sebenarnya mengalami defisit RM4.1 bilion pada akhir tahun 2017 dan TH perlu menjual aset untuk memulihkannya – walaupun seorang akauntan, pengurus atau juruaudit tidak pernah didakwa dalam mahkamah kerana memalsukan akaun.

“Akibat PH memainkan propaganda ini yang menakutkan pelabur dan pendeposit, pelabur-pelabur lain turut menjual saham-saham dimiliki TH manakala pendeposit mengeluarkan duit dari TH dan memaksa TH menjual lagi saham-saham semasa harga rendah.

“Akibatnya, defisit yang ditipu PH sebanyak RM4.1 bilion pada akhir tahun 2017 pun menjadi defisit RM17.8 bilion pada permulaan tahun 2019. Sebab itu, kerajaan PH menjual aset RM19.9 bilion kepada syarikat tujuan khas dimiliki Kementerian Kewangan sebagai bail-out,” kata Najib.

Najib mendakwa, selepas aset Tabung Haji dipindah ke syarikat tujuan khas turut menjual aset-aset yang pernah dimiliki TH seperti dibuktikan dalam beberapa surat TH yang tular di media sosial.

Muhyiddin dalam jawapan kepada Dewan Rakyat semalam mengesahkan bahawa aset Tabung Haji tidak dikuasai oleh orang bukan Islam.

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kedudukan terkni aset Lembaga Tabung Haji pada 30 Jun 2020 seperti yang diumumkan dalam laporan prestasi TH setengah tahun pertama 2020  adalah berjumlah RM78 bilion dengan lebihan aset berbanding liabiliti sebanyak TM1.9 bilon

“Selaras dengan pelasanaan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan TH aset-aset yang kurang berdaya saing telah dipindahkan kepada sebuah Syarikat Tujuan Khas (SPV) iaitu Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. (USJB) yang dimiliki penuh oleh Kerajaan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan. Oleh yang demikian TH tidak dikuasai oleh orang bukan Islam,” kata Muhyiddin.

Muhyiddin menjawab soalan yang dikemukakan oleh Mujahid selaku Ahli Parlimen Parit Buntar. Dalam soalannya, Mujahid meminta Minta Perdana Menteri menyatakan kedudukan aset terkini Tabung Haji.

Beliau juga bertanya, adakah benar kerajaan Pakatan Harapan telah menjual banyak aset Tabung Haji dan membiarkan Tabung Haji dikuasai oleh orang bukan Islam.-SM

(Visited 292 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button