Berita

Pemandu e-hailing turut terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina

Dalam nahas membabitkan pesawat yang terhempas di Elmina, Shah Alam, polis mengesan seorang lagi mangsa turut terkorban merupakan pemandu e-hailing, Sharipuddin Shaari, 53.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain percaya bahawa pemandu tersebut dalam keadaan berseoragan dan menolak dari mengambil penumpang sejak pukul 2 petang semalam berdasarkan semakan ke atas syarikat e-hailing.

Pemandu e-hailing kiri, meninggal dua orang anak

“Pemandu tersebut telah reject penumpang sejak pukul 2, kita dah check dengan Grab, dia memang reject penumpang,” katanya.

Sharipuddin yang berasal dari Arau, Perlis meninggalkan seorang balu, Suriana Muda, 43 dan dua anak iaitu Muhammad Sharul serta Nur Izzara Arissya.

Jenazah Sharipuddin akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Sultan Hishamuddin Bandar Baru salak Tinggi.

Allahyarham sempat berikan gambar kepada anak untuk simpan

Anak Allahyarham, Muhammad Sharul, mereka sekeluarga terkejut dan tidak percaya apabila diberitahu arwah turut terlibat dalam insiden tersebut.

“Minggu lepas waktu kami sekeluarga dalam perjalanan ke ‘mall’ di Sepang untuk beli buku adik, arwah tiba-tiba bagi dua gambarnya untuk saya simpan. Dia hanya kata, ambil dan simpan,” katanya. Pada Sinar Harian.

Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Salak Tinggi berkata, sebelum ini mereka sekeluarga tinggal di Arau, Perlis dan berpindah menyewa di taman itu sejak hujung tahun lalu.

“Pemergian ayah sangat mengejutkan kami sekeluarga kerana arwah seorang yang penyayang namun kami reda dengan ketentuan.

Artikle Berkaitan:>

Nahas pesawat terhempas di Elmina: Tiada panggilan kecemasan dibuat

Identiti rider terbakar dikenal pasti, Keluarga minta rakan terdekat Allahyarham buat pengecaman Mayat

(Visited 471 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button