Berita

Utamakan keselamatan nyawa pasca banjir – RMPs

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan mangsa banjir akibat air pasang besar supaya mengutamakan keselamatan nyawa diri dan ahli keluarga ketika dan seusai berlakunya kejadian.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan singgah meninjau lokasi air pasang besar yang melanda Kuala Perlis pada tengah malam semalam di Dataran Semarak, Projek Diraja Program Transformasi Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis tengahari tadi.

Mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Raja Muda turut bertitah, sejurus air surut, mangsa hendaklah terus memeriksa keselamatan saluran gas, wayar dan peralatan elektrik yang telah tenggelam. Juga periksalah barang-barang yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk ke dalam rumah.

Terdahulu daripada itu baginda berkenan singgah menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat kepada asnaf, Siti Hawa Bakar, 69 tahun yang tinggal bersama anaknya di Kampung Bangsal Lebah yang merupakan penerima Bantuan Sara Hidup MAIPs. Beliau mengidap sakit kencing manis dan hasil pendapatan keluarga adalah dari anak tersebut yang meniaga secara online.

(Visited 58 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button