Sukan

Mari bersama memeriahkan Larian Semarak Pendekar 2023

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), bersama Jabatan Kebudyaan & Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKKNWPKL) serta JK Performance Studio menganjurkan program Larian Semarak Pendekar 2023 adalah larian santai (Get Fit & Fun) terbuka kepada orang ramai dan juga semua Ahli-Ahli NGO Persatuan Silat serta Kelab Seni Mempertahan Diri lain-lain.

Larian Semarak Pendekar 2023 akan diadakan pada 29 Oktober 2023 (Ahad ), program akan bermula 7:00 pagi dengan sesi senaman manakala acara larian pula akan bermula tepat jam 7:30 pagi berlangsung di Dataran Titiwangsa Kuala Lumpur.

Tujuan program larian ini diadakan adalah untuk memupuk perpaduan dan gaya hidup sihat di kalangan ahli dan komuniti.

Pihak penganjur menjemput sesiapa yang berminat untuk melakukan daftar kehadiran awal bagi memeriahkan Larian Semarak Pendekar 2023.

Acara larian ini juga bakal menawarkan 10 Cabutan Bertuah menanti anda. Manakala T-shirt, medal, String Bag, & e-sijil akan diberikan kepada peserta. Sila bawa Tengkolok atau Tanjak jika ada sebagai tanda sokongan di acara larian itu nanti.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut di poster dan borang pendaftaran. Sila daftar di pautan berikut : https://forms.gle/hjUF6LeYB6MPxWGV6. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 22 Oktober 2023. Mari kita bersama sama memeriahkan! – SM 

 

(Visited 190 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button