Nasional

Tekad jadikan MOTAC sebagai kementerian teladan – King Sing

WARGA Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) digesa agar sentiasa memperhebat dan memperkukuhkan kerjasama demi kepentingan negara.

Seruan tersebut dinyatakan oleh Menteri MOTAC, Datuk Seri Tiong King Sing ketika menyampaikan amanat sempena Majlis Perhimpunan Bulanan MOTAC 2023 di MOTAC baru-baru ini.

Beliau turut menyeru agar warga MOTAC memegang prinsip bertanggungjawab untuk menjadikan MOTAC sebagai Kementerian teladan yang mampu memberi impak positif kepada ekonomi negara.

Tambahnya, demi mencapai mutu kerja beraras tinggi, kementerian bersama agensi di bawah MOTAC mesti mengamalkan tatakelola dan amalan kerja yang baik.

“Sudah tiba masanya seluruh warga MOTAC meninggalkan sikap negatif yang ada dan berubah menuju ke arah yang lebih baik demi kesejahteraan rakyat. Dalam menyahut cabaran global, warga MOTAC harus bersedia dan mampu berdaya saing dengan negara serantau lain seperti Thailand khususnya dalam memajukan sektor pelancongan dan seni budaya.”

Beliau turut menyeru supaya warga MOTAC dapat membuktikan bukan sahaja kepada Kerajaan Perpaduan, malah kepada rakyat Malaysia bahawa MOTAC mampu menggalas tanggungjawab bersama dalam meningkatkan industri pelancongan ke tahap yang lebih tinggi.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), Encik Mohd Yusri bin Yussof; Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Datuk Shaharuddin bin Abu Sohot, dan Pengurusan Tertinggi MOTAC. – SM

Artikel berkaitan > Raja Perlis, Raja Perempuan Perlis berkenan terima mengadap KSU MOTAC

 

(Visited 55 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button