Ekonomi

Pekerja Lama Kilang Denso Mogok Kerana Diskriminasi Kenaikan Gaji

Sekumpulan pekerja kilang Denso di Bangi, Selangor berhimpun tanda protes kepada majikan gara-gara diskriminasi kenaikan gaji.

Dalam satu video yang tular, mereka dilihat berkumpul sambil memegang sepanduk dan menyatakan rasa tidak puas hati.

Menurut sumber, kebanyakan pekerja yang baru masuk ke kilang berkenaan terus dibayar dengan gaji bermula RM1,500.

“Sedangkan kami yang bertahun-tahun bekerja, dapat merasa gaji RM1,500 pun disebabkan polisi daripada pihak kerajaan.

“Jika tiada pelaksanaan gaji minimum, mungkin kami yang sudah lama bekerja ini masih dibayar dengan gaji di bawah RM1,500,” katanya.

Sumber berkata demikian mengulas nilai gaji minimum yang ditetapkan kerajaan dan masalah majikan yang tidak prihatin terhadap pekerja.

“Disebabkan suara pekerja adalah terhad, hanya dengan medium ini membolehkan kerajaan melihat masalah para pekerja.

“Ia bukan hanya tentang masalah pihak pengurusan Denso, malah pekerja di tempat lain pasti mengalami masalah serupa,” katanya.

(Visited 4,018 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button