PRK

Tanda UMNO menghormati semangat dalam BN

KUALA LUMPUR – Bukan sesuatu yang mudah bagi UMNO melepaskan kerusi majoriti Melayu untuk ditandangi oleh MCA.

Tetapi akhirnya UMNO memenuhi harapan rakyat Malaysia dengan menghormati semangat BN ketika berhadapan ujian.

“Percayalah, bukan sesuatu yang mudah menyerah kerusi majoriti Melayu. Ia memerlukan keberanian yang besar dan kepimpinan yang kuat.

“UMNO telah menunjukkan apa yang diperlukan ketika ia benar-benar penting,” kata Ahli Majlis Tertingginya, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada pengumuman calon dari MCA, Datuk Seri Wee Jeck Seng sebagai calon BN pada pilihan raya kecil Parlimen Tanjung Piai.

Seperti dijangka, pengumuman calon BN itu telah diboikot oleh ahli-ahli UMNO yang kecewa dengan pendirian para pemimpin yang tidak mendengar suara hati akar umbi.

Pada PRU14, Jeck Seng kalah dengan hanya 500 undi.

Pakatan Harapan pula akan meletakkan Karmaine Sardini, 66, sebagai calon mereka sementara Gerakan yang telah keluar dari BN mengumumkan Timbalan Setiausaha Agung, Wendy Subramaniam, sebagai calon.

Jeck Seng menjadi Ahli Parlimen Tanjung Piai selama dua penggal pada 2013 hingga 2018, dan sebelumnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nanas pada 2004 hingga 2008.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Jeck Seng tewas kepada Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik dengan majoriti 524 undi. -SM

(Visited 41 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button