EkonomiNasional

Surina Shukri letak jawatan CEO MDEC

PERBADANAN Ekonomi Digital Malaysia  (MDEC) telah mengumumkan peletakan jawatan Surina Shukri sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya berkuat kuasa pada 31 Ogos 2021.

Dalam satu kenyataan hari ini, agensi kerajaan itu mengatakan Surina akan melepaskan jawatannya bagi memberi tumpuan kepada hal-hal lain.

Surina memimpin MDEC selama dua tahun tujuh bulan  dan bangga dengan apa yang telah dicapai oleh pasukan MDEC dalam keadaan hari ini.

Untuk rekod, Surina dilantik sebagai CEO MDEC bagi menggantikan Datuk Yasmin Mahmood yang meletak jawatan pada 7 Disember dan tempoh lantikan Surina adalah selama tiga tahun.

Pelantikan Surina pada ketika itu diumumkan oleh Gobind Singh Deo yang pada ketika juga merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia.


Surina mempunyai pengalaman lebih 20 tahun bekerja di pelbagai syarikat multinasional terutamanya di JPMorgan Chase & Co dan syarikat pemula niaga dalam sektor kewangan, sumber alam, tenaga dan teknologi. – SM

(Visited 74 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button