Berita

PDRM sahkan dua mayat mangsa dalam nahas helipkopter terhampas

SUSULAN berita berkenaan nahas pesawat terhempas di Kapar, Klang pada tengah hari tadi pihak polis mengesahkan dua individu iaitu juruterbang dan pembantunya terkorban.

Menurut Polis Sleangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan, kedua-dua mangsa itu merupakan ahli Kelab Air Advanture Flying Club.

“Mayat mangsa ditemui berada dalam kokpit pesawat yang terbenam kira-kira dua meter dan ketika usaha untuk membawa keluar mayat sedang dijalankan.

PDRM sahkan dua mayat mangsa dalam nahas helipkopter terhampas

“Kedua-dua mangsa berusia antara 30 hingga 40 tahun,” katanya

Mayat mangsa berjaya dibawa keluar pada pukul 7.50 malam tadi dari lokasi kejadian, mangsa bernama Daniel Yee Hsiang Khoo, 30 dan Roshaan Singh Raina, 42, berasal dari Johor dan Pulau Pinang.

Mayat dijangka dapat dikeluarkan dalam tempoh tiga jam sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan bahawa pesawat ringan tersebut adalah model BK 160 Gabriel dengan nombor pendaftaran I-POOC terhempas ketika berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pukul 1.28 petang bagi penerbangan rekreasi.

CAAM dalam satu kenyataan berkata, hubungan terakhir pesawat dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan, namun tiada panggilan kecemasan diterima.

Artikle Berkaitan ;>

Pasukan Singapura bantu kesan data dalam kotak perakam pesawat terhempas

(Visited 74 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button