BeritaPendidikan

UniMAP tekankan kemandirian universiti

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sentiasa memberikan fokus yang tinggi mengenai ‘Teras Kelestarian Kewangannya’. Objektif utama teras ini ialah untuk kemandirian universiti, dengan cara tumpuan diberikan kepada pemerolehan endowmen dan wakaf untuk kemakmuran dan kesejahteraan universiti, mengumpul dana keusahawanan pelajar dan usaha menuju ke arah kewangan yang mampan.

Antara inisiatif utama yang pihak universiti laksanakan ialahmendapatkan dana daripada agensi yang dikenal pasti melalui aktiviti keusahawanan sosial dan keusahawanan yang berbentuk perniagaan berimpak tinggi dari dalam dan juga luar negara serta membudayakan konsep wakaf/endowmen dalam kalangan staf Universiti, pada masa yang sama menjalankan aktiviti pengumpulan dana atau ‘fundraising’

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena Ulangtahun universiti berkenaan yang disambut pada hari semalam mengikut rujukan surat pelantikan Rektor pertama Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) iaitu nama asal UniMAP sebelum ini iaitu pada 15 Februari 2002, 19 tahun yang lalu.

Menurut baginda yang juga merangkap Tuanku Canselor UniMAP lagi, ‘Perbezaan antara jumlah geran mengurus dan perbelanjaan mengurus perlu ditampung daripada peruntukan sumber dalaman yang dijana oleh pihak Universiti sendiri. Oleh itu, dalam usaha mencapai kemampanan kewangan, setiap Pusat Tanggungjawan di UniMAP akan bersama-sama memikirkan cara bagi membolehkan sumber kewangan dijana berdasarkan bidang dan kemahiran yang ada di Pusat Tanggungjawab masing-masing’.

‘Dari segi governan pula, Pusat-pusat Tanggungjawab ini akan berhubungan dengan Pusat Pembangunan Profesional dan Pembelajaran Berterusan (PDCE) di bawah struktur baharu yang menguruskan [email protected] dan [email protected], serta One Stop Centre (OSC) yang berada di bawah pengurusan Pejabat Penolong Naib Canselor (Kelestarian Kewangan) bagi mendapatkan khidmat nasihat dan fasilitasi dalam perancangan masing-masing’ terang Tuanku Syed Faizuddin Putra.


(Visited 48 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button