Nasional

Pasukan Singapura bantu kesan data dalam kotak perakam pesawat terhempas

Tragedi pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Khamis 17 Ogos

MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pasukan siasatan kemalangan udara Singapura sedang membantu mengesan data dalam kotak perakam suara kokpit (CVR) daripada pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, Khamis lepas.

MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook – GAMBAR FACEBOOK

Beliau berkata, kelmarin, Sabtu, pasukan Technical Transport Safety Bureau (TTSB) dari Singapura berjaya mengeluarkan “memory puck” dalam kotak perakam pesawat tersebut.

“Memory puck” itu masih dalam keadaan baik meskipun kotak perakam rosak teruk.

“’Memory puck’ tersebut dikeluarkan daripada kotak perakam dan didapati bahawa masih dalam keadaan baik,” katanya hari ini pada sidang media Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan.

Sementara itu, kesemua 10 mangsa yang terkorban dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor pada Khamis lepas, telah selamat dikebumikan semalam. – SM

BACA Pesawat terhempas di Elmina Central Park, Shah Alam
BACA Datuk Seri Johari Harun antara yang maut pesawat terhempas di Elmina?

(Visited 30 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button