Nasional

Datuk Seri Johari Harun antara yang maut pesawat terhempas di Elmina?

SEORANG orang kenamaan yang dikatakan antara yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di satu persimpangan kawasan taman perumahan Elmina, Seksyen U16, Shah Alam, Selangor, petang ini ialah Datuk Seri Johari Harun.

Datuk Johari Harun.. gambar sebelum pesawat terhempas

Walaupun belum dapat dipastikan, nama Datuk Seri Johari Harun dikatakan orang kenamaan yang dimaksudkan.

Beliau ialah Exco Kerajaan Negeri Pahang.

Untuk makluman, pesawat tersebut terhempas di Lebuhraya Guthrie Exit 3504 Elmina East, kawasan perumahan Elmina 8, Shah Alam, Selangor.

Pesawat jenis Premier 1, N28JV milik Jetvalet Sdn. Bhd. dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang.

Perkembangan terkini: Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam sidang media memaklumkan, jumlah yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas ini ialah 10 orang.

Beliau berkata, dalam kejadian jam 2.40 petang itu, pesawat yang membawa enam penumpang bersama dua juruterbang dan pembantunya dilaporkan gagal dikawal sebelum terhempas.

“Pesawat berkenaan berlepas dari Langkawi sudah diberi kebenaran oleh Menara Kawalan, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang untuk mendarat pada jam 2.40 petang, namun pesawat berkenaan dilaporkan terhempas dua minit sebelum dijadualkan untuk mendarat

“Semasa terhempas pesawat yang sama dilaporkan merempuh sebuah kereta dan sebuah motosikal, masing-masing direkodkan seorang setiap kenderaan,” katanya. – SM

BACA Pesawat terhempas di Elmina Central Park, Shah Alam

@suaramerdekamy

Sampai bergegar CCTV apabila pesawat Jetvalet meletup di Elmina!

♬ original sound – Suara Merdeka – Suara Merdeka

(Visited 3,601 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button