Nasional

Apa sudah jadi dengan Sugu dan Pavithra?

APA sudah jadi dengan Sugu dan Pavithra? Ramai yang bertanyakan soalan itu.

Berdasar laporan media jelas keluarga berkenaan berantakan setelah menjadi popular.

Sehari selepas menerima anugerah ikon bandar raya Ipoh, Sugu telah mengamuk menggunakan senjata.

Ketika itu Sugu dalam keadaan mabuk cuba mencedera orang tertentu dan laporan media juga menyebut berpunca daripada nama Sugu yang tidak disebut semasa anugerah ikon itu.

Jika dilihat kisah pasangan ini tidak ubah seperti filem tamil di mana si isteri seorang yang ikhlas berusaha meningkatkan taraf kehidupan, tetapi dirosakkan oleh si suami yang bertindak semberono.

Bagaimanapun siapalah kita sebagai orang ramai dan orang asing untuk menilai hubungan keluarga berkenaan.

Kita berharap ada penyelesaian kepada kekeruhan ini dan Sugu serta Pavithra kembali aktif sebagai Youtuber dan memperbaiki kehidupan mereka.

Pada masa yang sama mereka terus membangkitkan aura positif dalam kalangan masyarakat.

Setakat ini laman  YouTube ‘Sugu Pavithra’ yang dikendalikan pasangan suami isteri, S. Pavithra dan M. Sugu didapati tiada lagi sebarang kandungan video  hari ini.

Di rasmi pasangan Youtuber masakan itu hari ini mendapati, laman Youtube mereka kosong tanpa sebarang video.

Sebelum ini, terdapat 98 video masakan serta aktiviti di saluran Youtube pasangan suami isteri itu.

Saluran Youtube Sugu Pavithra diikuti lebih 785,000 pelayar.

Kali terakhir pasangan itu memuat naik video mereka ialah minggu lalu semasa bercuti bersama keluarga di taman tema air popular di Kuala Lumpur.

Ekoran tiada lagi video dalam Youtube mereka, ia menimbulkan tanda tanya sama ada semua video dalam laman itu telah dipadamkan.

Apatah lagi ia berlaku selepas perselisihan faham pasangan suami itu sehingga menyebabkan Sugu didakwa di  Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua tuduhan.

Namun semalam Pavithra berkata, dia sudah memaafkan suaminya dan mahu terus bersama-sama menghasilkan program masakan di YouTube.

(Visited 218 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button