NasionalRencah Hidup

Keikhlasan Sugu Pavithra jadi tarikan

SEJAK kebelakangan ini semakin ramai yang cuba menjadi YouTuber dan ramai juga yang masih tercari-cari apakah formula untuk menarik ramai pengunjung.

Ramai pengunjung bermakna banyak duit akan dijanakan dan kebanyakan juga terlalu bersungguh-sungguh sehingga kelihatan sangat palsu dan menjengkelkan.

Ada juga yang menjadi jutawan dengan menghasilkan video-video menjengkelkan di media sosial.

Bagaimanapun M. Sugu dan pasangannya S. Pavithra yang menggunakan nama Sugu Pavithra di YouTube adalah dalam kalangan yang bertuah kerana video masakan yang dihasilkan berjaya menarik perhatian masyarakat.

Kuncinya ialah keikhlasan. Keikhlasan pasangan itu dapat dilihat dari tutur mata dan riak wajah mereka.

Kepedulian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghadiahkan tripod kepada YouTuber suami isteri itu menjadi mereka semakin popular.

Muhyiddin juga disukai rakyat kerana keikhlasan yang beliau tampilkan serta tidak berlebihan dalam apa jua isu termasuklah dalam menghargai usaha pasangan berkenaan.

Sugu kini telah berhenti kerja dari estet untuk memberi tumpuan bagi menguruskan shooting kerana beliau adalah juruvideo dan pada masa yang sama mengatur wawancara pihak media dengan mereka.

Sugu memberitahu dia terpaksa berhenti kerja kerana estet tempat dia bekerja tidak membenarkan dia mengambil cuti lama dan banyak.

Bagi mereka yang masih lagi tercari-cari formula bagaimana hendak popular di media sosial mungkin boleh belajar dari pasangan Sugu dan Muhyiddin sendiri.

Masyarakat sudah letih dengan cerita politik berebut jawatan dan kuasa. Kedepan orang politik seperti Sugu yang akan dipilih menjadi wakil rakyat dan bukan lagi mereka yang berucap dan berbahasa berdegar-degar hingga bergegar langit dengan cakap berputar belit sehingga gajahpun boleh terbang. – SM

 

(Visited 310 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button