Rencah Hidup

Sugu Pavithra kembali ke alam Youtuber, mohon sokongan orang ramai

BUMI mana tidak ditimpa hujan. Begitu juga manusia mana yang tidak pernah lepas daripada melakukan kesalahan.

Begitulah yang berlaku kepada bintang YouTuber Malaysia S. Pavithra memuat naik sebuah lagi video selepas kemunculan semula baru-baru ini, namun kali ini bukan video masakan tetapi mengenai kontroversi di sebalik penangkapan suaminya.

Video YouTube lima minit itu (https://youtu.be/e0orAK3iH_Y) yang bertajuk ‘Inilah sebab menjadi masalah’, menyaksikan wanita berusia 28 tahun ini mendakwa masalah keluarga, wang dan media sebagai punca yang akhirnya menyebabkan penangkapan suaminya, M. Sugu.

“Sebab Sugu pergi hospital hari itu ialah keluarga saya sendiri, keluarga saya menjadi masalah sebab duit.

“Keluarga saya yang tak pernah tolong saya selama ini sejak saya kahwin Sugu tujuh tahun. Selepas saya ada duit dan berjaya macam sekarang ini diorang muncul-muncul dan mula pinjam duit dengan suami saya, buat masalah dalam keluarga,” katanya dalam video yang dimuat naik ke laman YouTube beliau.

Beliau tidak menafikan bahawa Sugu juga bersalah kerana mabuk ketika kejadian tetapi menegaskan bahawa suaminya bukan seorang pemabuk.

Ibu kepada dua anak itu mendakwa media juga telah menyebabkan gangguan terhadap kehidupan peribadi mereka sejak tiga bulan lepas.

“Selepas media masuk dalam keluarga kami, kami tak ada masa untuk masak dan bagi makan untuk anak-anak kami dan masa itu amat sukar untuk kami,” katanya.

Beliau turut meminta maaf kerana memadam semua video di saluran YouTube dan berjanji akan memuat naiknya secepat mungkin.

Pavithra berkata suaminya berperanan dalam pencapaiannya sebagai antara bintang YouTube paling berjaya di Malaysia dan menambah bahawa tanpa Sugu, salurannya tidak akan memperoleh 786,000 pelanggan dan videonya ditonton hampir 35 juta kali.

“Dari awal kawan-kawan tahu, kami masak sama-sama… saya harap kawan-kawan sokong saya dan Sugu seperti biasa,” katanya.

Pada 20 Julai, bekas pekerja ladang, Sugu, 29, ditangkap dan kemudiannya didakwa atas pertuduhan memiliki sabit dan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya. Beliau mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu.

Sugu dan Pavithra perlu berlajar daripada kesilapan yang dilakukan. Bagi Sugu buang tabiat meminum minuman keras dan memang tidak akan menyelesaikan masalah bahkan memburukkan keadaan.

Pavithra pula perlu berhati-hati selepas ini kerana ramai  yang akan mengambil kesempatan apabila melihat peluang yang ada.

Biduk berlaku kiambang bertaut. Rakyat Malaysia pasti berhati baik dan tidak berkeberatan terus menyokong pasangan ini. – SM

(Visited 113 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button