Berita

Harga tapak Bazar Ramadan di Melaka tidak membebankan

Wartawan Suara Merdeka

 

MELAKA 28 Mac – Isu kenaikan harga tapak untuk Bazar Ramadan Aidilfitri yang akan menjelang bulan depan
sering menjadi bualan dalam kalangan peniaga.

Di beberapa negeri seperti Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan sudah kedengaran sewa tapak mencecah
antara RM7,000 hingga RM8,000.

Begitupun, keadaan itu tidak terkecuali di negeri ini ada beberapa lokasi bazar berlaku kenaikan sewa
tapak namun dikatakan masih boleh diterima dalam kalangan peniaga.

Biarpun berlaku kenaikan sedikit sewa tapak namun ruang berniaga bazar di Jalan Hang Tuah, Klebang,
Pahlawan Street, Taman Rambai Utama, Pantai Puteri dan Teluk Mas tetap menjadi tumpuan peniaga.

Seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Kamal berkata, di Bazar Aidilfitri Klebang ada berlaku kenaikan
daripada RM4,500 tahun lalu naik kepada RM5,000.

Menurutnya, kenaikan sebanyak RM500 itu tidak membebankan kerana bazar itu telah berpindah semula ke tapak
asal di Taman Klebang Utama daripada lokasi asal di hadapan restoran Bustel.

“Kenaikan RM500 hanya pada khemah 20×20 sahaja tapi bagi saya ia tidak membebankan sebab bazar telah
kembali ke tempat asal yang lebih selesa,” ujar di sini hari ini.

Bagi peniaga bazar petang di Krubong Jaya, Aznizah Alias berkata, sewa tapak tahun ini naik daripada RM280
tahun lalu naik sebanyak RM20 kepada RM300 sebulan.

Dia yang menjual air pelbagai jenis air balang berkata, kenaikan sebanyak RM20 itu tidak sangat
membebankan.

“Harga tapak yang ditawarkan masih boleh saya bernafas dan boleh lagi mencari rezeki tanpa perlu menaikkan
harga jualan,” ujarnya.

Bagi seorang peniaga Ramlan Rahman berniaga di Jalan Hang Tuah pula berkata, harga tapak di sini bawah
RM5,500 termasuk platform dan lesen jelas tidak membebankan.

Katanya, selain itu promosi yang diwar-warkan termasuk kehadiran beberapa artis terkenal seperti Awie,
Siti Nordiana dan Azlan and The Typewriter bakal menarik
pengunjung.

 

(Visited 604 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button