Nasional

Pavilion Malaysia di International Franchise, License & Business Concept Exco 2022 di Jakarta

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila deligasi dalam Misi Perdagangan Francais ke Jakarta, Indonesia merasmikan Pavilion Malaysia di International Franchise, License & Business Concept Exco 2022 di Jakarta.

Deligasi diketuai Pengarah Kanan, Sektor Perdagangan, Pengedaran dan Perniagaan, KPDNHEP, Datuk Rohaizi Bahari  yang mana International Franchise, Licence & Business Concept Expo (IFRA) 2022 Jakarta, Indonesia bermula semalam sehingga 7 Ogos.

KPDNHEP dalam kenyataannya hari ini berkata, misi Perdagangan Francais Malaysia ini adalah di bawah Program Enhanced Franchise Development Programme (EFDP) dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia (MFA).

“Misi perdagangan ke Indonesia ini merupakan misi keempat yang dijadualkan tahun ini selepas misi perdagangan ke Arab Saudi, Bosnia-Herzegovina dan Afrika Selatan,” menurut kenyataan yang sama.

Kata KPDNHEP lagi, delegasi itu turut disertai 14 jenama francaisor Malaysia iaitu Ar-Rahn, Bubblebee, CIC Where Leaders Are Born, Genius Aulad, Home Maths Theraphy, Kenny Rogers Roasters, Laundrybar, Little Caliphs, Marrybrown, Oldtown White Coffee, Poney , Siti Khadijah, Smart Readers Kids dan US Pizza.

“Francais Pavilion Malaysia di IFRA 2022 telah dirasmikan oleh Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia Adlan Mohd Shaffieq,,”kata kenyataan itu.

Dalam ucaptama pada majlis perasmian, Adlan berkata, Malaysia dan Indonesia adalah negara jiran dan ‘Serumpun’ yang membolehkan kita mempunyai kerjasama yang baik dalam sektor ekonomi dan diplomatik.

“Kerana hubungan yang baik ini maka terdapat banyak syarikat francaisor Malaysia yang berjaya menembusi pasaran Indonesia dan juga syarikat-syarikat Indonesia ke Malaysia,” kata Adlan.

Katanya lagi, di peringkat global, jenama francais Malaysia juga telah berkembang sebagai jenama terkemuka di seluruh dunia dengan lebih daripada 68 jenama di 74 negara.

Sementara itu, dalam program yang sama, Rohaizi berkata, Malaysia telah menghasilkan banyak jenama francaisor yang menembusi pasaran antarabangsa sejak 1980.

“Bagi tujuan ini Malaysia telah memperkenalkan Program Pembangunan Francais sejak 1994 dan Malaysia adalah negara pertama di Asia Tenggara yang mengadakan Akta Francais pada tahun 1998,” katanya.

Beliau berkata, misi yang dirancang di EFDP berhasrat untuk menggalakkan pengembangan jenama Malaysia ke pasaran antarabangsa dan mencari pelabur berpotensi yang sesuai melalui program pemadanan perniagaan.

Katanya lagi, jenama Francais Malaysia juga telah berkembang sebagai jenama terkemuka di seluruh dunia dengan lebih daripada 68 jenama di 74 negara.

Untuk rekod, pada tahun 2021, industri francais di Malaysia telah mencatatkan jumlah jualan RM13 bilion iaitu 3 peningkatan 16.4% berbanding 2018 dengan jualan lengkap RM11.16 bilion.

“Untuk mencapai lebih banyak jenama francais tempatan menembusi pasaran antarabangsa, Kementerian juga telah bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan iaitu Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Persatuan Francais Malaysia (MFA) untuk membantu francais berkembang dalam dan luar negara,” kata Rohaizi. – SM

(Visited 365 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button