Rencana

Pasang bidai, selesai masalah…

ulama

KALAU kita rajin tonton siaran berita antarabangsa, kita tengok terutama bagaimana anggota polis bertindak ketika dilokasi kejadian agak pelik.

Kadangkala mereka pasang seperti kelambu. Kalau sudah pasang kelambu ia tentunya kes yang sangat sensitif. Biasanya melibatkan pengganas. Kenapa pasang kelambu?

Bukan takut nyamuk, tetapi bagi mengelakkan lokasi berkenaan dirakam oleh orang ramai yang lalu di kawasan berkenaan dan ada yang cuba menggunakan drone bagi merakam lokasi sensitif.

Kadangkala polis di United Kingdom menggunakan bidai. Solusi ini sangat mudah dan berkesan.


Di negara kita pula anggota polis, letih sergah orang ramai yang mengambil gambar menggunakan telefon bimbit. Kalau di tengah panas boleh pengsan asyik sergah orang ramai. Belum lagi nak siasat lokasi kejadian.

Ada yang curi-curi ambil gambar dari dalam kereta. Habis kereta diketuk oleh anggota polis. Kan letih dan tertekan kerja sebegini.

Zaman sekarang susah untuk menghalang orang ramai daripada mengambil gambar dan merakam video, kerana semua orang mempunya telefon bimbit dan lengkap dengan kamera berkualiti. Ramai juga yang memiliki drone dan terbang secara haram.

Orang ramai pula bila disergah oleh anggota polis akan menimbulkan hubungan yang tidak baik dengan masyarakat. Ini tidak baik untuk pasukan polis dan masyarakat.

Sudah sampai masanya pendekatan mudah dan ringkas menggunakan kelambu atau bidai digunakan bagi menyelesaikan masalah ini.

Saya ambil contoh kejadian seorang lelaki cuba terjun dari Rawang By Pass yang ketinggiannya hampir 60 meter kerana masalah hidup.

Berduyun-duyun kenderaan melalui kawasan berkenaan, dan mereka kebanyakannya merakam video dan foto. Ada yang membuat siaran langsung di media sosial.

Saya kasihan dengan anggota yang bertugas bagi mengelakkan orang ramai daripada merakam wajah lelaki berkenaan. Tetapi akhirnya ia tersebar juga di media sosial.

Lebih buruk lagi wajah lelaki berkenaan tidak ditutup sama sekali. Netizen mana dia tahu sensitiviti atau undang-undang melarang perbuatan tersebut.

Kalau boleh bertindak, memang dengan netizen juga teraniaya kerana keghairahan untuk merakam di lokasi kejadian jenayah.

Jadi solusi sudah ada. Tepuk dada, tanya selera.

(Visited 128 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button