Rencana

Tugas berat menanti Mat Sabu

Muhamad Sabu melangkah ke dalam kabinet dengan tanggungjawab yang sangat besar.

Negara sebenarnya sebagaimana negara-negara lain di dunia sedang berdepan dengan krisis bekalan makanan pasca pandemik Covid-19.

Bertahun-tahun pertanian tidak diuruskan dengan baik menyebabkan kesannya kita hadapi hari ini.

Jika tidak ditangani ia bakal menjadi bertambah kritikal dengan begitu cepat.

Selain memastikan bekalan telur mencukupi, untuk jangka panjang isu bekalan beras negara harus ditangani.

Tidak cukup hanya mengarahkan Bernas membayar RM50 juta kepada pesawah. Sebaliknya pesawah harus diberi ilmu bagi mengubah pemikiran mereka dalam menggunakan teknologi terkini bagi meningkatkan hasil pengeluaran.

Lihat sahaja amalan pertanian di Sekinchan menghasilkan padi sekali ganda daripada seluruh kawasan Pengairan Muda.

Jika hanya benih dan baca percuma, ditambah bantuan tunai, ia tidak akan mengubah apa-apa serta memberi kebaikan kepada negara.

Lihat bagaimana pesawah di Sekinchan mempelbagai bisnes padi termasuk menjadikan kawasan berkenaan sebagai agro-pelancongan.

Berapa kerat pesawah di Kedah contohnya mempunyai pemikiran sedemikian.

Kerajaan perlu mengubah pola pemikiran.

Mungkin Mat Sabu perlu bersarapan pagi di Warung Tepi Sawah di Perlis untuk lebih memahaminya.

(Visited 196 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button