JenayahNasionalNegeri

IPD Padang Besar cari saksi pendakwa, Mohd Nasron Ahmad Muzeni

IBUPEJABAT Polis Daerah (IPD) Padang Besar, Perlis sedang mengesan seorang lelaki yang menjadi saksi pendakwaan, Mohd Nasron Ahmad Muzeni, 35, berhubung kes Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 di Mahkamah Kangar, Perlis.

Mohd Nasron Ahmad Muzeni

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Assisten Komisioner, Mohd Shokri Abdullah berkata, Mohd Nasron yang bekerja sendiri ini diperlukan hadir dengan segera bagi memberi keterangan dalam perbicaraan kes yang sedang berjalan.

Katanya, saksi diperlukan bagi memberi keterangan bagi nombor kes RA-82D-16-10/22, RA-82D-05-013/22 dan RA-82D-02-01/23.

“Alamat terakhir saksi di M-2-02 & 03, Connection Commercial, Persiaran IRC3, Resort City, Putrajaya 62520 Sepang dan 24, Jalan Chempaka, Taman Gembira, 42700 Banting, Selangor,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohd Shukri meminta kerjasama dari semua pihak dan individu yang mempunyai maklumat lelaki berkenaan diminta membantu pihak polis.

Katanya, diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Narkotik IPD Padang Besar, Inspektor Mohd Zulhamidi Mohd Yusof di talian 04-9492222 sambungan 1354 atau 04-9872222. – SM

(Visited 45 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button