Nasional

Datuk Seri Dr Irmohizam WTCKL merangkul “Brandleadership Award”

DATUK Seri Dr Irmohizam Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) telah memenangi “BrandLeadershipAward” kerana memainkan peranan yang memberi impak dan menyumbang secara signifikan kepada pengembangan dan kejayaan Industri Acara Perniagaan (BE) di Malaysia. Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim, yang juga Protem Presiden Majlis Acara Perniagaan Malaysia (BECM), juga diiktiraf atas usaha berterusan beliau untuk memperjuangkan ekonomi acara perniagaan di peringkat domestik dan antarabangsa sebagai Pengerusi Persidangan dan Pameran di World Trade Centers Association (WTCA) yang berpusat di New York.

Datuk Seri Irmohizam Ibrahim mengambil alih WTCKL pada 2018, dan pada 2019 beliau mengetuai latihan penjenamaan semula berskala besar yang menggabungkan Garis Panduan Jenama Standard WTCA. Hasilnya, WTCKL telah berubah. Dilengkapi dengan dewan yang dinaik taraf, dan pelbagai pengubahsuaian dengan kemudahan tambahan seperti Co-Working Space @WTCKL.

Sebagai Protem Presiden BECM, beliau menggunakan pengalaman luasnya bersama-sama dengan bantuan daripada Biro Konvensyen & Pameran Malaysia (MyCEB) dan pemain industri, untuk mewujudkan Piawaian Acara Perniagaan di Malaysia. Ini memastikan tahap profesionalisme, pematuhan dan piawaian dalam industri kini berada di bawah bidang kuasa Jabatan Standard Malaysia (JSM). Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang mempunyai Piawaian Acara Perniagaan rasmi.

Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim juga telah menerima anugerah “Nation’s Pride Brand of The Year”, bersama En. Yusri Junos, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, bagi pihak WTCKL.

WTCKL, sebuah pusat konvensyen mercu tanda Kuala Lumpur, yang penuh dengan sejarah dan terkenal dengan kepelbagaian acaranya. WTCKL juga telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19, di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. WTCKL menyahut seruan Kerajaan Malaysia untuk menggembleng tenaga dan membantu kerajaan Malaysia dengan berubah menjadi Pusat Pemberian Vaksin Mega (PPV Mega) di mana vaksin AstraZeneca diberikan kepada orang ramai dan mencapai lebih daripada 1.3 juta dos suntikan vaksin tersebut sepanjang operasinya selama 150 hari.

Tiga tahun lepas telah menyaksikan industri Acara Perniagaan (BE) berkembang dengan ketara untuk memenuhi norma baharu kehidupan selepas pandemik. WTCKL telah diberikan Label Kebersihan & Keselamatan “Acara Perniagaan Selamat (SafeBE)” oleh Bureau Veritas (M) Sdn Bhd. Persatuan Penganjur dan Pembekal Konvensyen dan Pameran Malaysia (MACEOS) melancarkan Program Pensijilan Acara Perniagaan Selamat (SafeBE) untuk memupuk keyakinan orang ramai dan menyokong pemulihan ekonomi negara dalam acara perniagaan. Pensijilan ini hanya akan diberikan kepada pusat pameran dan konvensyen yang memenuhi SOP ketat yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan cadangan oleh agensi kesihatan Malaysia, dan diaudit secara bebas oleh Bureau Veritas (M) Sdn Bhd. Akreditasi ini menunjukkan kesungguhan WTCKL menitikberatkan tahap kebersihan dan keselamatan di premisnya.

Selain memanfaatkan rangkaian World Trade Centers, WTCKL juga telah mengambil bahagian dalam pameran terkenal di seluruh dunia seperti IMEX 2022 di Frankfurt dan Incentive Business Travels & Meetings (IBTM) di Barcelona untuk mempromosikan WTCKL secara aktif di seluruh dunia.

Anugerah tersebut telah disampaikan pada Majlis The BrandLaureate Awards Gala Dinner yang diadakan di Hotel Majestic Kuala Lumpur pada 7 Disember 2022.

“Kita mesti kekal tangkas dalam menyesuaikan diri dengan iklim perniagaan semasa dan kita mesti mengambil langkah yang betul untuk menghidupkan semula industri Acara Perniagaan, meningkatkan keterlihatan kita, dan membantu dalam mempercepatkan pertumbuhan sosio-ekonomi. Kini adalah masa yang sesuai untuk kami bersungguh-sungguh menyokong kepentingan industri ini dan secara aktif mempromosikan pertumbuhan Acara Perniagaan, serta melabur dalam modal insan dan teknologi acara baharu” kata Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.

Pengiktirafan ini menunjukkan kecemerlangan dan dijangka dapat menyumbang kepada rangsangan ekonomi dan aktiviti perindustrian serta secara agresif mempromosikan Malaysia agar dikenali sebagai salah satu hab acara perniagaan di peringkat antarabangsa.

(Visited 176 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button