Hiburan

Elica Paujin Buktikan Legasi Orang Sabah Memang Suara Sedap-Sedap!

Penyanyi Elica Paujin, 23, diumumkan sebagai juara Big Stage 2022 pada pentas akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam tadi.

Kemenangan penyanyi kelahiran Tambunan, Sabah itu membolehkannya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan trofi.

Naib juara yang menawarkan hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi pula disandang oleh penyanyi Daniel Chuer.

Tempat ketiga dimenangi oleh penyanyi Aisha Retno yang membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 berserta trofi.

Tempat keempat menjadi milik penyanyi Yazmin Aziz manakala Tegar Septian hanya mampu berpuas hati menduduki tempat kelima. Masing-masing membawa pulang RM15,000 dan RM10,000.

Konsert akhir Big Stage 2022 yang dihoskan Alif Satar dan Sherry Alhadad menampilkan juri tetap Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ajai, dan Aliff Aziz.

Lebih meriah, Aina Abdul diundang sebagai juri jemputan bersama-sama dengan selebriti Elly Mazlein yang menggalas tanggungjawab sebabai juri pedas dan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida sebagai presiden netizen.

Sementara menanti keputusan diumumkan, penonton dihiburkan dengan persembahan mantap dan memukau daripada Siti dan Aina.

(Visited 322 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button