Hiburan

Shaheizy Sam tak percaya penimbang berat badan

SATU perkara yang menarik mengenai Shaheizy Sam selain daripada kerjaya lakonannya ialah bagaimana dia boleh turun dan naikkan badan sesuka hati.

Asalnya badan kurus, kemudian gemuk sebelum menjadi ‘sado’ untuk menjayakan filem Polis Evo sehinggakan ada yang mengimpikan untuk mendapat tubuh sepertinya.

Kemudian, Shaheizy Sam atau lebih mesra disapa dengan nama Sam itu kembali membulatkan badannya sebelum kembali ‘sado’.

Terbaharu, badannya kini kembali berisi dan ramai yang sebenarnya musykil bagaimana Sam mampu menukar berat badannya seperti itu.

sam
Tubuh badan Shaheizy Sam yang kelihatan semakin berisi sekarang. – Gambar IG Shaheizy Sam

“Paling berat yang saya pernah capai ialah 80 kilogram dan rasanya jika saya timbang badan sekarang, pasti sudah melebihi angka itu.

“Bukan tidak mahu percaya pada mesin penimbang itu, sebaliknya apa yang penting ialah kita tahu ukuran lemak dalam badan kita.

“Sebab itu yang akan membantu kita untuk tahu cara bagaimana dan berapa lama masa yang diperlukan untuk kurus,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran produk Wholly Fitz di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut suami kepada pelakon, Syatilla Melvin itu, selain produk menguruskan badan, cara kawalan pemakanan dan bersukan harus diutamakan untuk kurus.

“Harus jaga pemakanan, tahu berapa kalori dan kena pergi bersukan atau ke gimnasium. Aktiviti fizikal ini yang sebenarnya membantu mempercepatkan lagi proses membuang lemak,” jelasnya.

Ujarnya lagi, matlamat untuk turun berapa kilo dalam masa yang ditetapkan juga adalah perlu untuk mengekalkan momentum.

Mengikut pengalaman, Sam berkata dia kebiasaannya menetapkan sehari untuk dia turun sebanyak sekilogram atau maksimum tiga hari untuk sekilogram.

“Jadi dalam masa sebulan, saya boleh turunkan berat badan saya sehingga 10 kilogram. Produk kurus akan membantu tetapi bersukan juga perlu,” jelasnya.

Sam memberitahu, dia sebelum ini sudah berpengalaman mempunyai fizikal badan yang berubah-ubah namun tidak mustahil untuk seseorang itu dapat menguruskan badan.

Tambahnya, semuanya terletak pada individu tersebut untuk menguatkan mentalnya bagi mendapatkan tubuh yang diinginkan. -SM

(Visited 2,156 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button