fbpx


Politik

Pakar segala formula umum keluar politik? – Najib

KUALA LUMPUR – Pengumunan naib Presiden PKR mengumumkan keluar dari dunia politik menimbukkan perasaan hairan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pakar segala formula umum keluar politik?” tulis Najib di Facebook beliau sebentar tadi.

Rafizi Ramli mengumumkan keluar dari dunia politik untuk menumpukan pada kehidupan baru dan mengatakan beliau berada pada peringkat kehidupan di mana beliau “perlu belajar”.

“Ia jelas saya diciap kerana saya menjelaskan bahawa saya tidak akan kembali kepada politik.

“Ini adalah tahap kehidupan saya apabila saya perlu belajar. Hanya melalui pembelajaran kita boleh menjadi lebih baik dan menyumbang yang lebih baik,” katanya di Twitter.


Rafizi sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 terkenal sebagai pakar yang tampil memberi fomula terhadap krisis ekonomi yang dihadapi rakyat.

Antaranya beliau turut memberi jalan penyelesaian atau fomula kepada kerajaan bagaimana untuk mengurangkan harga petrol serta mengurangkan kadar tol.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lepas melepaskan dan membebaskan Rafizi selepas membatalkan sabitan mendedahkan akaun bank berkaitan NFC, anak syarikatnya dan pengerusi Salleh Ismail.

Sabitan dan hukuman penjara terhadapnya menyebabkan beliau tidak dapat bertanding pada pilihan raya umum ke-14 tahun lalu.

Peguamnya Nik Zarith Nik Moustpha kemudiannya berkata pasukan pembelaan diberitahu Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap pembebasannya.

Peguam Negara Tommy Thomas terkejut apabila jabatannya memfailkan rayuan terhadap pembebasan Rafizi bulan lepas dan akan mengambil tindakan disiplin terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Tommy juga berjanji akan membatalkan rayuan tersebut.

Rafizi yang kalah kepada Mohamed Azmin Ali untuk merebut jawatan timbalan presiden PKR tahun lalu, berkata, beliau teruja untuk memberi tumpuan kepada kecerdasan buatan atau AI.

“Teruja untuk memberi tumpuan kepada AI, pembelajaran mesin & IoT,” katanya, merujuk istilah internet.- SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Penulis mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. 'Kehilangan' jurukamera ketika bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah penulis lupakan.

Related Articles

Back to top button