Politik

Siapa yang nak bekerjasama dengan Warisan, soal Annuar

SETIAUSAHA Agung Barisan Nasional (BN) merangkap Ketua Koordinator BN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Tan Sri Annuar Musa hanya tertawa dengan kenyataan Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking, bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan UMNO.

Annuar mempersoalkan kenyataan Darell dengan melontarkan pertanyaan pihak mana dalam UMNO yang mahu bekerjasama dengan parti tersebut.

Menurut Annuar, seperti mana nasib Warisan pada Pilihan Raya Kecil Kimanis, parti itu juga akan mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Negeri Sabah, Sabtu ini.

“Ha ha siapa yg nak kerjasama? Rakyat Sabah kenal siapa yang melanun Sabah. Sabtu ini seperti di Kimanis juga,rakyat nekad menghukum,” kata Annuar.

PRK Kimanis yang berlangsung pada 18 Januari lalu menyaksikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin yang berjaya memperoleh kemenangan dengan majoriti 2,029 undi.

Beliau sekali gus menewaskan pencabarnya, calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang.

Mohamad mendapat 12,706 undi, menewaskan Karim yang mendapat 10,677 undi.

Semalam Darell menegaskan partinya tidak akan bekerjasama dengan UMNO yang menurutnya mencari rakan baharu.

“Ada mungkin satu gerakan, UMNO mencari rakan baru, namun bagi kami di Warisan, kita tidak akan bekerjasama dengan UMNO.

“UMNO memerintah di sini lebih 20 tahun, mereka hanya memecah-belahkan kaum dan agama di Sabah,” katanya ketika berceramah di Inanam malam tadi.

Darell mendakwa, berbanding Warisan Plus yang memperjuangkan perpaduan, UMNO akan terus memecah-belahkan kaum di Sabah jika terus dibenarkan memerintah.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini dilaporkan berkata, beliau menerima maklumat bahawa ramai ahli Parlimen parti itu dan BN menyatakan sokongan mereka kepada presiden PKR itu dan beliau menghormati pendirian mereka.

“Umno dan BN tidak dapat menghalang ahli Parlimen yang menyokong Anwar untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan hasrat beliau,” katanya.

(Visited 122 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button