Politik

Gangguan air: MP Selangor buka talian untuk rakyat tuntut pampasan

AHLI Parlimen Selangor Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew membuka talian telefon kepada rakyat untuk menghubunginya bagi menuntut pampasan akibat gangguan bekalan air di negeri itu.

Ahli Parlimen Wangsa Maju itu berkata, sekiranya mereka mengalami kesulitan, tekanan, penderitaan dan kehilangan pendapatan akibat gangguan bekalan air pengguna boleh menuntut pampasan.

Kata Yee Kew, tuntutan boleh dibuat terhadap Pelaku Pencemaran serta jabatan, agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.

“Sekiranya anda merasakan gangguan bekalan air yang berterusan ini menyebabkan anda mengalami kesulitan, tekanan, penderitaan dan kehilangan pendapatan, marilah sertai kami untuk mengambil tindakan tuntutan terhadap pelaku pencemaran serta jabatan, agensi kerajaan dan GLC yang terlibat bagi mendapatkan pampasan

“Sila hubungi pejabat kami di talian +603 4144 4342,” kata Yee Kew di media sosialnya.

Syarikat Air Selangor dalam satu kenyataan berkata, Logi Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang dihentikan tugas hari ini.

Ini kerana syarikat itu mengesan pencemaran di Sungai Selangor.

Henti tugas tersebut akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual terhadap 1,196,457 akaun.

Gangguan bekalan air berkenaan meliputi kawasan Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Sebelum ini, bekalan air di 59 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam dan Kuala Langat mengalami gangguan sejak tiga hari lalu.

Ia susulan kejadian paip pecah berikutan tambakan tanah di atas paip oleh pihak ketiga hingga menyebabkan tekanan berlebihan pada paip di kawasan pembinaan Worldwide Seksyen U11, Shah Alam.

Pada 4 Oktober lalu pencemaran Sungai Semenyih menyebabkan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihentikan berpunca dari Kawasan Perindustrian Nilai, Negeri Sembilan.

Insiden itu berlaku hanya selepas sebulan penduduk Lembah Kelang terputus bekalan air akibat pencemaran sumber air di Sungai Gong.

Kejadian awal September itu menyebabkan hampir 1.5 penduduk Lembah Kelang mengalami gangguan bekalan air kira-kira seminggu.-SM

 

(Visited 313 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button