Hiburan

Anak Seniman pinjam duit sana sini, bayarlah balik, jangan kapur!

SUDAH terang lagi bersuluh. Sudah lama sikap yang dilakukan oleh salah seorang anak kepada Allahyarham seorang Seniman ini yang akhirnya mendapat perhatian media arus perdana.

Kisah dia disiarkan dalam media arus perdana dan SUARA MERDEKA dihubungi untuk dicungkil informasi, siapakah gerangan anak kepada seorang Seniman yang meminjam duit sana sini!

Setelah membaca apa yang dicatat dan disiarkan oleh media arus perdana berkenaan, SUARA MERDEKA dapat meneka dengan tepat tetapi tidak mahu mengaibkan allahyarham Seniman yang penulis kenali sejak umur 3 tahun lagi.

Anak kepada allahyarham Seniman yang telah pulang ke rahmatullah enam tahun lepas, sepatutnya menjaga air muka arwah dan tingkah perbuatannya yang meminjam duit tetapi kapur sebab tak bayar, merosakkan nama baik arwah Seniman.

Si anak mungkin tidak menjaga reputasi dirinya sendiri tetapi jagalah nama arwah kerana sepanjang hidup arwah, susah macam mana sekalipun dalam mengharungi kehidupan, tidak pernah meminjam duit dan kapur!

Anak arwah ini sihat tubuh badan dan boleh bekerja cuma kena berusaha dalam mencari rezeki dan reda Allah SWT. Jangan bagi alasan itu ini kerana memang tak masuk dek akal!

Kalau meminjam duit, wajib bayar balik dan yang bagi pinjam pun bukan orang lain. Juga anak Seniman. Anak dengan anak, masing-masing anak kepada arwah-arwah yang telah tiada, elok dijaga hubungan dan ukhwah. Bukannya pinjam dan tak reti nak bayar.

Apabila perbuatan meminjam duit daripada orang sekeliling dan menjadikan orang mangsa kerana pinjam tak bayar, itu bukanlah suatu perbuatan yang elok.

Lama kelamaan, orang akan tahu juga dan apa juga alasan yang diberi semasa nak pinjam duit, orang akan termakan kerana bersimpati.

Kalau kesihatan anak dijadikan alasan untuk meminjam duit dan nak beli barang dapur juga dijadikan asbab nak pinjam duit, apabila ada duit, bayarlah balik hutang kepada si polan.

Kalau hubungan adik beradik itu dijaga dan elok, adik beradik boleh juga hulur seratus dua tetapi dalam hubungan adik beradik pun berantakan dan siap saman menyaman, tak tau nak kata apa.

Arwah sudah tiada… peliharalah hubungan adik beradik dan siapa yang lebih tua usianya, tidak salah kalau mengalah dengan si adik.

Dalam masa yang sama, bayarlah balik hutang piutang keliling pinggang tu kerana kalau berhutang, wajib bayar dan jangan harapkan hutang-hutang tu MINTA HALAL.

Duit hutang tu diberi makan keluarga dan biarlah berkat. Jangan disumpah orang kerana orang lain pun, ada kesempitan tersendiri tetapi disebabkan simpati dengan alasan anak sakit dan perlu beli barang makanan maka dipinjamkan.

Ada peluang cari projek dengan FINAS, burulah peluang itu. Jangan sedap nak meminjam duit kerana kalau bekerja, walaupun di belakang tabir, sekurang-kurangnya ada pendapatan. Tidak perlu nak cekau projek yang besar-besar.

Boleh aje guna kepakaran di belakang tabir untuk mencari rezeki. Bukannya menunggu umpama bulan jatuh ke riba!

Ini bukan kes PINJAM SERATUS NUR NILAM SARI. Berlapang dadalah dengan penulisan ini kerana apa yang berlaku, menjadi bualan ramai dalam kalangan anak cucu orang seni! – SM

(Visited 125 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button