Hiburan

Bad Indigo meninggal dunia di tempat kerjanya

Penyanyi yang merupakan salah seorang anggota dalam kumpulan Indigo, Bad menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 7 malam di tempat kerjanya  di Ampang, Selangor.

Bad atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah meninggal dunia di usia 48 tahun.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh penyanyi, Liza Hanim melalui Instagram Storynya (IG) kerana suami Liza, Shah, juga salah seorang anggota dalam kumpulan tersebut yang pernah bernaung di bawah label KRU Records.

Menurut rakan sekerjanya, Bad dikatakan mengalami hipoglisemia atau kekurangan gula dalam darah. 

“Memang mengejutkan, katanya, dia tengah sakit dan berlaku hipoglisemia, dia diberi minum air, tiba-tiba, dia senyap. 

“Bos dia yang juga kenalan saya baru hubungi saya. Jenazah masih lagi di bengkel,” katanya kepada Harian Metro.

Sebelum ini, Bad yang menghidap kencing manis menjalani pembedahan membuang tiga jari kaki pada 9 Mei tahun lalu sebelum semua jari kakinya terpaksa dipotong beberapa bulan kemudian. 

Dia kemudiannya terpaksa menggunakan bantuan alat ‘walker’ dan kerusi roda untuk memudahkan pergerakannya. 

Bad juga pernah berkahwin bersama penyanyi Ashira namun mengumumkan yang mereka sudah bercerai menerusi sebuah hantaran video pada 23 Jun tahun lalu.

Bad dan Ashira mendirikan rumah tangga pada 11 Mac 2021 selepas mereka sama-sama menyertai program Gegar Vaganza (GV) musim ketujuh.

Bad dilaporkan memohon status OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat selepas menjalani beberapa prosedur memotong jari kaki kiri.

Al-Fatihah buat allahyarham Bad dan salam takziah buat keluarga Bad Indigo daripada warga kerja SUARA MERDEKA.

(Visited 202 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button