Nasional

Nurul Izzah keguguran anak keempat

Kehilangan anak sudah pasti salah satu perkara paling sukar yang perlu dilalui dalam hidup.

Baru-baru ini, bekas ahli parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar  mengumumkan beliau mengalami keguguran di media sosial.

Dalam catatannya, dia berkata dia kehilangan anak keempat dalam kandungan ketika sibuk dengan tugas baharunya, berulang alik antara Pulau Pinang dan Putrajaya.

“Banyak yang telah kami lalui bersama, selepas habis berkempen, saya dijangkiti Covid untuk kali kedua, dapat berita mengandung anak keempat, lepas tu, sibuk uruskan tugas baru, pergi balik, balik ke Pulau Pinang, kemudian ke Putrajaya,” tulisnya.

Dalam catatan yang dimuatnaiknya menunjukkan gambar dia dipeluk bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan.

Nurul Izzah terus memberi sokongan kepada mereka yang menghadapi nasib yang sama dengannya dan mengingatkan mereka bahawa hidup perlu diteruskan.

“Penyembuhan adalah satu perjalanan – dan jika anda perlu mengambil sedikit masa untuk bernafas pada masa ini – lakukan sahaja sebelum bab seterusnya dalam kehidupan bermula semula,” tulisnya.

(Visited 194 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button