NasionalNegeri

NRECC diminta kaji pembangunan solar panel terapung

PERLIS meminta NRECC untuk mengkaji sama ada pembangunan solar panel terapung berpotensi untuk digunakan bagi menjayakan agenda nasional berkaitan pengurangan pemanasan global.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Negeri, Megat Hashirat Hassan berkata, cadangan ini adalah antara tindakan Perlis sebagai menyokong penuh pelbagai kaedah yang telah digariskan NRECC bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG).

Mohd Ridzuan Hashim (PAS – Guar Sanji) bertanya soalan pada Sidang DUN Perlis Ke-15 di Kompleks DUN di Kangar hari ini. – Gambar FB SUK Perlis

“Ini kerana GHG memberi kesan terhadap pemanasan global seperti yang telah digariskan dalam Bab 8 Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12),” katanya ketika menjawap soalan Mohd Ridzuan Hashim (PAS – Guar Sanji) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-15 di Kompleks DUN di Kangar hari ini.

Megat Hashirat berkata, NRECC juga akan membangunkan Strategi Rendah Karbon Jangka Masa Panjang (Long Term Low Emission Development Strategies – LT-LEDS) yang akan memberi hala tuju dasar dan pelan tindakan sehingga Negara mencapai aspirasi sifar bersih.

Katanya, antara tindakan yang dilaksanakan sebagai menyokong polisi ini termasuk meluluskan pembangunan Ladang Solar Skala Besar (LSS) kepada pemaju swasta.

“Juga diluluskan pelaksanaan projek solar di atas bumbung bangunan-bangunan Kerajaan Negeri, katanya.

Selain itu katanya, juga dalam tindakan untuk mengekplorasi LSS di bawah NTER melalui kaedah Request For Proposal (RFP).

“Kita juga menyokong polisi pembinaan “Green Building”‘dalam reka bentuk projek- projek kerajaan,” katanya. – SM

BACA Solar Storm bakal berlaku 2024?

(Visited 41 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button