Nasionalpilihan

‘PKP 3.0’ berjaya landaikan graf jangkitan kes Covid-19

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan secara menyeluruh untuk Fasa Pertama sejak 1 Jun lalu terlah berjaya melandaikan graf jangkitan kes Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan melaksanakan PKP secara menyeluruh ini telah berjaya mengelakkan berlakunya peningkatan kes-kes baharu secara lebih mendadak

“Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat unjuran sekiranya PKP tidak dilaksanakan, kes
harian COVID-19 di negara kita mencecah lebih 13,000 kes pada hari ini dan seluruh sistem kesihatan kita akan runtuh.

“Namun Alhamdullilah, dengan pelaksanaan PKP Fasa Pertama ini kita dapat menyaksikan graf jangkitan kes COVID-19 telah mula menunjukkan trend melandai dengan mencatatkan 4,949 kes,” katanya dalam Perutusan Khas Pelan Pemulihan Negara yang disiarkan secara langsung petang tadi.

Menurut Muhyiddin, angka tersebut juga jauh lebih rendah berbanding kes jangkitan Covi-19 harian tertinggi yang pernah dicatatkan negara iaitu sebanyak 9,020 kes pada 29 Mei lalu.

Jelas beliau, sistem kesihatan negara kita juga masih mampu menampung kes-kes baharu di samping mencatatkan jumlah pesakit sembuh yang tinggi.

“Ini menunjukkan tindakan yang diambil oleh kerajaan telah membuahkan hasil,” katanya. -SM

(Visited 256 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button