BeritaNasional

Raja Muda Perlis lancar Program Keusahawanan MAIPs & CIMB Islamic – Taylor’s

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan Program Keusahawanan MAIPs & CIMB – Taylor’s 2019 di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP Kampus Alamnya di Pauh Putra pada pada pagi tadi.

Program berkenaan adalah hasil kolaborasi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melalui Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) bersama CIMB Islamic dan Taylor’s University.

Seramai 64 peserta dari kalangan asnaf terpilih di negeri ini menyertai program berkenaan bermatlamatkan untuk mempertingkatkan potensi diri dan kemahiran mereka dalam pengurusan kewangan, pemasaran, jaringan kerjasama dan sebagainya.

Mengiringi Baginda ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Program berkenaan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Pegawai Pemasaran, Komunikasi dan Tanggungjawab Sosial CIMB Islamic Bank, Ken Mohamed Faiz Kamal, Ketua Komunikasi Korporat dan Tanggungjawab Sosial Tylor’s Education Group, May Wong.

Pada majlis berkenaan, CIMB Islamic turut menyampaikan sumbangan mock cek simbolik geran keusahawanan kepada 64 peserta bernilai RM400,000.

(Visited 136 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button