NasionalPendidikan

Nilai pendidikan negara perlu penambahbaikan-Wan Junaidi

Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berpendapat, nilai pendidikan di Malaysia perlu ditambahbaik dengan menyasarkan kepada keperluan industri negara menerusi kajian akademik dan pencarian ilmu.

Beliau berkata, sasaran juga dituju ke arah pengetahuan yang lebih komprehensif dan meliputi ilmu-ilmu serta nilai pendidikan tokoh sarjana Islam agar seimbang dengan nilai pendidikan sedia ada yang dicerap daripada sistem pendidikan Barat dan Eropah.

“Sistem pendidikan di Malaysia bermula zaman kedatangan penjajah banyak dipengaruhi oleh nilai-nilai dan ideologi Barat dan Eropah yang juga telah dianggap sebagai yang terbaik.

“Sementara ilmu dan nilai pendidikan ilmu Islam yang dibawa sebelum zaman penjajahan kolonial telah semakin pudar,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar ilmu pendidikan daripada tokoh sarjana Islam daripada abad yang lebih awal seperti Ibnu Khaldun dan Ibnu Sina turut diterapkan bersama ilmu pendidikan Islam yang sedia ada seperti bimbingan Fardhu Ain dan Feqah.

Katanya, pendedahan kepada tokoh sarjana ilmu pendidikan Islam ini adalah juga bersekali dengan nilai-nilai Islam yang telah membawa pemerintahan Islam kepada zaman kegemilangan daripada segi ekonomi, pendidikan, teknologi dan kemakmuran rakyat secara amnya.

Tambah beliau, pembaharuan di dalam sistem pendidikan Malaysia ini perlu dipertimbangkan agar sistem demokrasi dan keamanan negara ini mencapai tahap kegemilangan tamadun Islam pada abad yang lalu dan pembaharuan di tahap persekolahan ini akan menetapkan haluan kepada anak-anak sekolah yang bakal menerajui negara ini pada masa akan datang. – SM

BACA Undang-undang perketatkan syarat kelayakan calon tak diperlukan – Wan Junaidi

BACA Speaker Dewan Negara cadang wujudkan undang-undang pecat perdana menteri

(Visited 103 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button