NasionalpilihanPolitik

Undang-undang perketatkan syarat kelayakan calon tak diperlukan – Wan Junaidi

Undang-undang baharu bagi mengetatkan syarat kelayakan calon untuk bertanding bagi mana-mana pilihan raya tidak diperlukan kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mempunyai peraturan ditetapkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pada peringkat pencalonan itu, SPR mempunyai garis panduan berhubung kriteria seseorang yang layak menjadi calon.

Menurutnya, berikutan itu SPR berhak menolak pencalonan seseorang jika individu terbabit didapati tidak menepati kriteria yang ditetapkan.

“Dalam hal ini, saya berpandukan kepada undang-undang pilihan raya sedia ada. SPR mempunyai undang-undang yang menentukan seseorang itu layak atau tidak menjadi calon,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan Wang Deposit Pembelian Tanah Masjid Kampung Sejingkat, Kuching, Sarawak.

Jumaat lalu, Ketua Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP), Datuk Ahmad Yahya pada Muktamar Tahunan Pas ke-68 di Kedah, mencadangkan agar kerajaan mengetatkan syarat kelayakan calon bertanding pada pilihan raya.

Ia termasuk melarang individu yang sedang dalam perbicaraan mahkamah berkaitan kes salah laku, penyelewengan dan rasuah daripada menjadi calon.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, jika SPR menolak pencalonan, individu terbabit boleh membawa suruhanjaya itu ke mahkamah.

“Ini terserah kepada budi bicara SPR untuk menentukan, tetapi jika sesiapa yang ditolak pencalonannya dan tak puas hati, dia boleh mengemukakan rayuan di mahkamah,” katanya.

(Visited 212 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button