Nasional

Yang daftar Jun sempat mengundi jika Disember PRU-15 – SPR

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan memakai daftar pemilih yang disahkan pada suku kedua iaitu April, Mei dan Jun 2020 sekiranya pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) dilangsungkan hujung tahun ini.

Timbalan Pengerusi SPR, Dr. Azmi Sharom berkata, setakat 1 Julai lalu, pengundi berdaftar yang diwartakan oleh suruhanjaya itu berjumlah 15, 038, 269.

Kata beliau, sejak PRU-14 pada 9 Mei 2018, terdapat peningkatan kira-kira setengah juta pengundi baharu atau angka rasmi direkodkan iaitu 474,761 orang.

“Kalau anda mendaftar pada suku ketiga (Julai, Ogos dan September), mungkin tak sempat. Sekarang SPR dalam suku kedua.

“Insya-Allah, kalau kata bulan 12 (Disember 2020) PRU-15, kita pakai daftar pemilih yang disahkan pada suku kedua (April, Mei dan Jun).

“Berikutan MCO (Perintah Kawalan Pergerakan akibat Covid-19), kita (SPR) bukan sampai Julai. Cuma, mudah sahaja hendak mengundi…masa daftar, daftar sahajalah kalau layak,” katanya baru-baru ini.

Mengikut statistik dikeluarkan SPR, kata Azmi, Selangor mencatatkan jumlah pengundi teramai iaitu sebanyak 2.473 juta orang.

Ini diikuti Johor sebanyak 1.818 juta orang; Perak (1.504 juta); Sarawak (1.246 juta); Kedah (1.146 juta); Sabah (1.128 juta) dan Kelantan sebanyak 1.045 juta orang.

Pulau Pinang turut menunjukkan peningkatan dengan jumlah pengundi sebanyak 955,864 orang.

Berdasarkan statistik SPR, Selangor merupakan negeri pengundi paling ramai tidak hadir (PTH) kerana berada di luar negara iaitu seramai 1,032 orang.
-SM

(Visited 466 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button