fbpx
Hiburan

Najib ziarah keluarga Allahyarham Abam, doa roh dicucuri rahmat

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak antara yang hadir menziarahi keluarga Allahyarham Abam Bocey.

Suasana sedih dan hiba masih lagi menyelubungi sekitar kawasan Masjid Gombak Utara ketika Najib tiba. Najib meluangkan masa bertemu ibu Abam dan ahli keluarga yang lain.

BACA JUGA: Jenazah allahyarham Abam Bocey tiba di Masjid Zakaria

Najib berharap mereka tabah menghadapi dugaan kehilangan ahli keluarga dan berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.

“Suasana yang sedih dan pilu. Saya di Masjid Gombak Utara jumpa keluarga Allahyarham Abam Bocey.


“Takziah dan saya berharap semua tabah menghadapi dugaan hidup ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan yang beriman. Al-Fatihah.

Allahyarham Abam merupakan pelawak yang menganggotai  kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pawal pagi tadi.

BACA JUGA: Abam Bocey sudah tiada…

Abam dikatakan demam dan sakit kepala beberapa hari lalu. Kehilangan Abam hanya disedari isterinya ketika mahu mengejutkan Allahyarham untuk bersolat subuh pagi tadi.-SM

(Visited 5 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button