Hiburan

Kolaborasi Man Kidal dan Rania Imtiaz cipta kelainan muzik rock serta tradisional

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pemain muzik lagenda Malaysia Man kindal, 58 tahun, memainkan gitar dengan tangan kirinya, tiada siapa boleh tanding kehebatan beliau sehingga kini.

Siapa sangka Muzik Man Kidal akan bergabung dengan seorang gadis 14 tahun bermain violin yang dikenali Rania Imtiaz.

Penyatuan dua jenis instrumental gitar dan violin membawa karya yang berbeza untuk mereka berdua.

Menurut Man Kidal kolaborasi yang dilakukan bersama Rania bersifat unik kerana paduan bunyi instrumen berbeza iaitu petikan gitar rock dan gesekan violin Melayu Tradisional.

Ini kerana muzik yang dimainkan oleh mereka akan menghasilkan sesuatu yang jarang diketengahkan di negara kita.

“Saya melihat bakat besar yang dimiliki Rania harus diketengahkan. Untuk seorang gadis berusia 14 tahun dan menekuni kecintaannya bermain violin dan mengangkat martabat lagu Melayu Tradisional yang sudah semakin berkurangan dalam generasi masa kini, industri seni kita harus menyambut dan meraikannya dengan baik,” ujar Man Kidal

Rania merupakan penerima anugerah dari Kementerian Perpaduan Negara sebagai Ikon Merakyatkan Perpaduan Keluarga Malaysia.

“Kami berbincang untuk mengharmonikan bunyi gitar rock dengan lagu tradisional Melayu kerana berpandangan lagu tradisional Melayu jika dimasukkan elemen rock boleh memberikan kelainan dan menarik minat lebih ramai orang tanpa merosakkan nilai-nilai kemelayuan yang ada dalam lagu tersebut,” ujar Rania.

Gadis manis ini sangat teruja untuk menjalinkan kerjasama bersama gitar rock Man Kindal, secara tidak langsung dapat mengembangkan bakat dengan lebih besar di masa akan datang. Sebelum ini Rania penah menjalinkan kerjasama dengan penyanyi Hazama.

Raniah juga berharap semoga gabungan muzik diantara mereka dapat membuka mata generasi sebayanya dan akan datang terhadap keindahan lagu-lagu Melayu Tradisional.

(Visited 541 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button