Hiburan

Jenazah allahyarham Abam Bocey tiba di Masjid Zakaria

Dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak

JENAZAH allahyarham Abam Bocey selamat tiba di perkarangan Masjid Zakaria di Gombak Utara, Gombak, Selangor kira-kira pukul 5.10 petang tadi.

Jenazah allahyarham tiba dari Hospital Selayang selepas selesai dilakukan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan seorang anak lelaki yang baharu berusia lapan bulan.

Bagi menghormati permintaan keluarga, orang ramai dan media dilarang merakamkan sebarang visual ketika jenazah dikeluarkan dari van jenazah tadi.

Allahyarham Abam meninggal dunia di rumahnya pada pukul 7 pagi tadi selepas isterinya, Nor Hidayah cuba mengejutkan suaminya untuk solat Subuh, tetapi tidak mendapat tindak balas daripada allahyarham.

Pada ketika ini, ratusan terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai membanjiri perkarangan masjid untuk memberi penghormatan terakhir buat arwah Abam.

Solat jenazah akan dilakukan sejurus jenazah allahyarham dimandi dan dikafankan.

Berdasarkan live streaming portal berita MG, jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusu, Gombak petang ini. – SM

(Visited 327 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button