Politik

Najib mohon tanah, rumah bernilai RM100 juta kata Zafrul di Parlimen

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan Kabinet menerima permohonan daripada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan hartanah di ibu negara.

Bercakap semasa sesi penggulungan di Dewan Rakyat, Tengku Zafrul berkata, maklumat berkaitan rumah dan hartanah tersebut tidak dimasukkan ke dalam Bajet 2022 kerana permohonannya dibuat selepas pembentangan.

“Permohonan telah dibuat, perbincangan pun diadakan, sekarang kita menunggu keputusan jemaah menteri untuk dimuktamadkan,” katanya.

Sebelum itu, Tun Dr Mahathir Mohamad (Pejuang-Langkawi) meminta Tengku Zafrul menjelaskan mengapa Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 tidak menyentuh mengenai hartanah bernilai kira-kira RM100 juta yang akan diberikan kepada Najib.

Zafrul awalnya mencadangkan supaya soalan itu dipanjangkan kepada Jabatan Perdana Menteri kerana perkara itu di bawah bidang kuasa jabatan tersebut.


Bagaimanapun, selepas beberapa kali diminta menjawab persoalan tersebut oleh ahli parlimen blok pembangkang, dia mengesahkan permohonan telah diterima.

“Saya kata permohonan ini, seperti saya sebut tadi, ia tiada dalam Bajet kerana ia dibentangkan sebelum permohonan tersebut.

“Untuk laksanakan ini, ia akan dibawa sebagai Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan di Parlimen nanti,” ujarnya.-SM

(Visited 46 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button