Jenayah

Md Rayhan dihalau keluar dari Malaysia, balik negara asal malam ini

KIRA-KIRA pukul 11 malam ini, warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang ditemu bual dalam dokumentari Al Jazeera bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” diusir ke negara asalnya.

Md Rayhan, 25, dibawa ke Lapangan Terbang Antarabanga Kuala Lumpur (KLIA) oleh pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pukul 9 tadi..

Lapor BERNAMA, Md Rayhan berbaju kemeja dan membawa sebuah beg sandang, sempat melambai dan menunjukkan isyarat tanda bagus kepada kumpulan media sebelum dibawa masuk ke kaunter imigresen.

Difahamkan dia yang membuat onar di negara kita akan menaiki penerbangan Malaysia Airlines ke Dhaka, Bangladesh pada pukul 11 malam.

Pada 24 Julai lalu, Md Rayhan berjaya ditahan di Setapak, Kuala Lumpur selepas JIM memohon bantuan orang ramai untuk menjejaki individu ini yang muncul dalam dokumentari Al Jazeera.

Menerusi dokumentari itu, Md Rayhan membuat kenyataan berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras penularan Covid-19.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud sebelum ini memaklumkan, Md Rayhan akan dihalau balik ke negara asal selepas semua siasatan polis selesai selain pas lawatan kerjanya ditamatkan dan disenaraihitamkan daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya. – SM

 

(Visited 389 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button