Nasional

Najib akui kesilapan tak patuh SOP, sedia dihukum

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui kesilapannya melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dalam kenyataan di Facebook, Najib mengakui  kesilapan apabila tidak mendaftar menggunakan aplikasi MySejahtera walaupun pegawainya sudah berbuat demikian.

“Saya minta pihak berkuasa keluarkan saman terhadap saya atas kesilapan tidak sengaja ini.

“Saya akan membayar saman atas kesilapan ini secara sukarela. Tidak ada ‘double standard’ dalam istilah saya,” katanya.

Pilhak polis telah membuka kertas siasatan terhadap Najib berhubung perkara ini ekoran tular satu video yang menunjukkan Ahli Parlimen Pekan itu masuk ke sebuah restoran di Bukit Bintang tanpa mengimbas suhu dan mendaftar di aplikasi MySejahtera.


“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) 2021.

“Semua individu dalam kes ini akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk memberi keterangan dalam masa terdekat,” kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah dalam kenyataan.

(Visited 101 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button