NasionalNegeri

Raja Muda, Raja Puan Muda ucap Selamat Menyambut Tahun 2023 kepada rakyat Perlis

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Masehi 2023 kepada seluruh rakyat Perlis tersayang.

Baginda berdua yakin seluruh warga Perlis akan terus melipatgandakan usaha dalam memberikan fokus terhebat terhadap segala perancangan pada tahun 2023.

“Ambil segala iktibar dan pedoman daripada gerak kerja dan pelaksanaan amanah serta tanggungjawab di sepanjang tahun 2022 sebelum ia dijadikan sebagai pengajaran dengan memastikan segala perancangan yang disusun mempunyai keberkesanan, nilai tambah dan memiliki penambahbaikan yang lebih jitu dan pantas,” titah Baginda.

Raja Muda bertitah demikian selepas berangkat mengiringi Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid untuk santap malam di ibu negara malam semalam.

Berangkat sama anakanda-anakanda baginda berdua, Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Syed Faizuddin turut menzahirkan ucapan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraan kepada Baginda serta seisi kerabat juga kepada yang telah mempersembahkan ucapan selamat menyambut hari ulangtahun keputeraan Baginda Ke-55 pada 30 Disember semalam melalui pelbagai medium termasuklah kad, surat, whatsapp dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang tidak sempat Baginda membalas satu persatu. – SM

(Visited 676 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button